Tahun 2025 merupakan tahun terakhir dalam pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 dan fasa persiapan untuk pelaksanaan FYP ke-15, yang signifikan bagi terus memperdalam pembaharuan dengan menyeluruh serta mendorong modernisasi ala China berkembang dengan stabil.
Pada sepanjang tahun ini, Presiden China Xi Jinping tidak pernah menghentikan langkahnya turun padang untuk menjumpai penduduk dan pegawai di peringkat akar umbi, demi menunjukkan kepekaan terhadap rintihan rakyat dalam landskap pembangunan negara.
Pada tahun ini, perjuangan anak China demi kebangkitan bangsa sekali lagi terukir dalam arus zaman.
Dalam Majlis Peringati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Dunia Menentang Fasis yang diadakan di Dataran Tian’anmen pada 3 September, perkataan ‘kebangkitan bangsa China adalah tidak terhalang’ yang dilaungkan Xi semakin kerap meniti di bibir rakyat China.
Sempena berlangsungnya majlis perayaan ulang tahun ke-60 Wilayah Autonomi Xizang dan ulang tahun ke-70 Wilayah Autonomi Xinjiang, Presiden Xi pernah mengetuai delegasi kerajaan pusat untuk menghadiri aktiviti perayaan berkenaan dan menetapkan hala tuju untuk memartabatkan agenda mengenai pembentukan komuniti bangsa China dan gerak kerja Parti Komunis China (PKC) berkaitan perkauman.
Sidang pleno keempat Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 PKC telah meluluskan Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC Mengenai Penyusunan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial. Dokumen yang signifikan ini disempurnakan dengan pimpinan dan panduan Presiden Xi sepanjang proses penggubalan, yang juga dilihat sebagai tujahan dan anjakan pemikiran barisan pemimpin dalam menggaris cetak biru pembangunan bagi tempoh lima tahun akan datang.













Tinggalkan Balasan