Komuniti Antarabangsa Diseru Bersinergi Ambil Tindakan Kemanusiaan Lebih Tegas

Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sun Lei menggesa komuniti antarabangsa supaya bersatu padu dan mengambil tindakan kemanusiaan yang lebih tegas.

Beliau membuat gesaan itu ketika berucap pada sesi perbahasan umum Persidangan Kemanusiaan 2026 Majlis Ekonomi dan Sosial PBB, pada Jumaat.

Sun Lei berkata, China berpegang teguh pada konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan telah menyediakan sokongan kepada negara-negara membangun dalam bidang penyelamatan kemanusiaan, pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana.

Menurut beliau, China akan terus memberikan dana sumbangan kepada organisasi kemanusiaan PBB, dan bersedia bersama-sama komuniti antarabangsa untuk membantu negara-negara serta rakyat untuk menghadapi krisis kemanusiaan.