Kuwait Dakwa Tentera Bertindak Balas Terhadap “Ancaman Peluru Berpandu, Dron Musuh”

ISTANBUL, 19 Julai — Tentera Kuwait pada Ahad memaklumkan bahawa angkatan tentera negara itu sedang bertindak balas terhadap “ancaman peluru berpandu dan dron musuh” susulan serangan berterusan Iran sejak beberapa hari kebelakangan ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sebarang bunyi letupan yang mungkin kedengaran adalah akibat sistem pertahanan udara memintas sasaran musuh,” menurut tentera Kuwait menerusi hantaran di platform X.

Tentera itu turut menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kuwait.

Sejak hampir seminggu lalu, Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang serangan berturut-turut ke atas lokasi di Iran, manakala Tehran bertindak balas dengan menyerang kemudahan dan pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara serantau, termasuk Kuwait.

Ketegangan antara Washington dan Tehran terus memuncak meskipun memorandum persefahaman (MoU) yang diusahakan menerusi pengantaraan Pakistan telah ditandatangani pada Jun lepas bagi menamatkan perang serta mencapai perjanjian damai yang berkekalan.