Majlis pengenalan jilid kelima buku ‘Xi Jinping: Pentadbiran China’ berlangsung di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan pada Isnin.
Para hadirin berpendapat bahawa penganjuran acara itu sempena ulang tahun ke-25 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mempunyai makna yang penting kerana menghimpunkan wakil dari China, Kyrgystan dan negara anggota lain SCO untuk bertukar pandangan mengenai kandungan buku berkenaan.
Naskhah itu menjelaskan secara menyeluruh mengenai teori dan amalan pemodenan bercirikan China, selain menghuraikan gagasan dan pendekatan China dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Buku tersebut turut menyediakan panduan penting kepada China dan Kyrgyzstan untuk memperkukuh perkongsian pengalaman tadbir urus serta penyelarasan strategi pembangunan antara satu sama lain.
Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Kumpulan Komunikasi Antarabangsa China (CICG) dan Kedutaan Besar China di Kyrgyzstan.
Kira-kira 300 wakil parti politik, agensi media, kumpulan pemikir dan pelbagai lapisan masyarakat dari China dan Kyrgyzstan telah menghadiri acara tersebut.













Tinggalkan Balasan