Pelabuhan Yantian Shenzhen Baharui Rekod Jumlah Pengendalian Kargo Kapal Tunggal

Pelabuhan Yantian Shenzhen menyelesaikan pemuatan dan pemunggahan sebanyak 28,684 TEU bagi kapal “New Hamburg Express” pada 2 Okt, sekali gus memperbaharui rekod jumlah pengendalian kontena bagi kapal tunggal di pelabuhan China, menurut Kastam Shenzhen bahawa

Jumlah pengendalian kontena kapal tunggal semakin meningkat ekoran rangkaian laluan perkapalan global yang terus dikembangkan di pelabuhan China serta permintaan logistik antarabangsa yang kian meningkat. 

Sekarang, Pelabuhan Yantian mengendalikan kira-kira seratus laluan perkapalan antarabangsa setiap minggu. Antaranya 53 laluan menghubungkan anggota-anggota APEC, termasuk 14 laluan baharu yang dibuka tahun ini.