Pelakon AS Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

LOS ANGELES, 17 Ogos — Pelakon Amerika Syarikat (AS) Hayden Panettiere yang terkenal menerusi lakonannya dalam Heroes, Nashville dan Scream 4 meninggal dunia pada usia 36 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik media AS dan kenyataan bapanya.

“Dengan perasaan amat sedih, kami ingin memaklumkan pemergian tragis Hayden yang kami sayangi. Beliau seorang yang luar biasa dan penuh semangat, yang membawa kasih sayang serta kegembiraan tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya, serta jutaan penonton yang menyaksikan lakonannya di kaca televisyen,” kata bapanya Skip Panettiere dalam kenyataan yang dipetik ABC News.

Keadaan yang membawa kepada kematiannya belum diketahui setakat ini.

Panettiere sebelum ini pernah bertunang dengan bekas juara tinju heavyweight dunia Wladimir Klitschko dan mereka mempunyai seorang anak perempuan.