Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, mengikuti sesi teh anjuran isteri Presiden Mesir, Entissar, dan mengunjungi satu pameran kecil tentang kraf tangan tempatan pada Rabu.
Peng Liyuan berkata, kraf tangan dalam pameran itu menunjukkan kecerdasan dan nilai estetik rakyat Mesir yang berlatarbelakangkan kebudayaan yang bersejarah dan mendalam.
Golongan penggiat seni kedua-dua negara diharapkan saling belajar dalam merancakkan interaksi dan kerjasama supaya dapat memberi sinaran dan nafas baharu kepada seni kraf tangan tradisional melalui pewarisan yang konsisten.













Tinggalkan Balasan