Persidangan Drama Pendek dan Sederhana Nasional CMG Diadakan di Shanghai

Persidangan Drama Pendek dan Sederhana Nasional Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Pudong, Shanghai pada Ahad.

Sejumlah drama pendek dan sederhana berkualiti yang mengetengahkan pelbagai tema dan genre turut ditayangkan pada acara berkenaan, selain memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai platform penyiaran bagi menggalakkan penghasilan karya kreatif yang berteraskan kehidupan masyarakat. 

Pada persidangan berkenaan juga, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden CMG, Shen Haixiong turut melancarkan “Pelan Penciptaan Bersama Drama Pendek dan Sederhana Berkualiti Nasional CMG”.

Pelancaran berkenaan turut disertai Pengarah Jabatan Politik Kementerian Keselamatan Awam, Jia Lijun serta Anggota Tetap Jawatankuasa PKC di Shanghai yang juga Ketua Jabatan Publisiti PKC di Shanghai, Zhao Jiaming.

Turut serta ialah Setiausaha Jawatankuasa PKC di Daerah Baharu Pudong, Li Zheng serta Ahli Akademi Kejuruteraan China, Tan Jianrong. 

Sementara itu, stesen CMG di Shanghai turut memeterai kerjasama strategik dengan kerajaan Pudong, Shanghai bagi memperkukuh pembangunan industri kreatif dan penyiaran. 

Ini merangkumi liputan utama, penganjuran program berjenama, pembangunan industri inovasi sains dan teknologi serta penerbitan bersama karya filem dan televisyen, di samping menyokong pembangunan industri kreatif dan ekonomi serantau.