PM China Seru Kerjasama Global Perkasa Perubatan Tradisional

Perdana Menteri China Li Qiang menyeru supaya masyarakat antarabangsa mengukuhkan kerjasama, memanfaatkan sumber perubatan tradisional dunia dan bersama-sama menangani cabaran terhadap kesihatan manusia.

Beliau membuat kenyataan itu semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Perubatan Tradisional 2026 di Beijing, yang dihadiri oleh kira-kira 1,200 peserta pada Sabtu. 

Li berkata perubatan tradisional merupakan kekuatan unik dalam melindungi kesihatan manusia dan memajukan peradaban.

Bidang berkenaan di China telah menempuh jalan pembangunan yang tersendiri menerusi praktik jangka panjang, ujar beliau.

PM turut menekankan keperluan untuk memanfaatkan sains dan teknologi bagi mempercepat pembangunan inovatif perubatan tradisional.