Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 PKC Keluarkan Pengumuman

Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan di Beijing pada 26 hingga 29 Oktober mengeluarkan pengumuman hari ini.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mewakili Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC membentangkan laporan kerja yang bertajuk “Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Berhubung Usaha Berterusan dalam Memperkasakan Tadbir Urus Parti Secara Komprehensif dan Ketat”, dan memberi penerangan tentang draf perbincangan berkenaan.

Setelah meluluskan laporan kerja yang dibentangkan Xi, sidang pleno ini juga meninjau kembali perjuangan PKC selama 100 tahun lebih, menunjukkan bahwa PKC dapat melangkah ke kemenangan berturut-turut kerana sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam memperjuangkan matlamat kebangkitan bangsa dan nusa China. 

Kedudukan PKC sebagai pelopor dan pemimpin dalam revolusi dan pembangunan negara beserta pelbagai kemenangan yang dicapainya tidak terlepas dari langkah berterusan dalam memperkasa tadbir urus dalaman secara menyeluruh dan ketat di setiap periode sejarah, mempertahankan kebenaran dan pantas membetulkan kesalahan.