Switzerland Singkir Colombia, Ke Suku Akhir Selepas 72 Tahun

VANCOUVER, 8 Julai — Switzerland menamatkan penantian 72 tahun untuk kembali ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi terakhir pusingan 16 pada Selasa.

Ruben Vargas menyempurnakan sepakan penentuan selepas rakan sepasukan, Manuel Akanji gagal dalam penentuan sepakan penalti, lapor dpa.

Colombia pula dihampakan apabila percubaan Davinson Sanchez terkena bahagian bawah palang, sebelum sepakan Cucho Hernandez diselamatkan penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel.

Kapten Switzerland, Granit Xhaka, Zeki Amdouni dan Cedric Itten turut menyempurnakan sepakan masing-masing untuk membawa pasukan itu ke kelompok lapan terbaik buat kali pertama sejak kejohanan di laman sendiri pada 1954.

Switzerland seterusnya akan berdepan juara bertahan, Argentina, yang bangkit daripada ketinggalan 0-2 selepas minit ke-78 untuk menewaskan Mesir 3-2.

Perlawanan itu terikat tanpa jaringan selepas 120 minit, dengan kedua-dua pasukan sukar mencipta peluang jelas dalam aksi yang lebih banyak berkisar di bahagian tengah.