Presiden China, Xi Jinping, akan menghadiri majlis perasmian Persidangan Kecerdasan Buatan (AI) Dunia 2026 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi Tadbir Urus Global AI yang dijadualkan di Shanghai pada 17 hingga 20 Julai, disamping membentangkan secara menyeluruh dan sistematik pendirian dasar dan prinsip China mengenai pembangunan dan tadbir urus AI.
Menurut jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang media pada Isnin, kerancakan yang tiada tolok banding dapat disaksikan dalam trend inovasi teknologi AI pada masa ini, yang disokong oleh pelbagai lonjakan dan anjakan sepanjang perkembangan kluster industri.
“Perkara ini bukan sahaja membawa peluang dan cabaran kepada masyarakat antarabangsa, tetapi juga sudah menjadi topik penting dalam tadbir urus global pada zaman sekarang ini,” ujar Lin.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China terus melaksanakan empat inisiatif global yang diketengahkan oleh Presiden Xi serta ‘Inisiatif Tadbir Urus AI Global’, sentiasa berusaha menjadi penyedia produk awam antarabangsa, secara aktif mempromosikan AI di peringkat global demi kemaslahatan masyarakat, dan membantu negara-negara Selatan Global memperkuat kemampuan pembangunan mereka. Kesemua usaha ini telah mendapat pujian tinggi dari masyarakat antarabangsa.
“Kami berharap agar persidangan kali ini dimanfaatkan untuk meningkatkan rasa saling percaya, mengukuhkan konsensus, memperdalam kerjasama, dan memajukan pembangunan AI ke arah yang sihat, selamat dan teratur, dan dijadikan satu batu tanda dalam sejarah pembangunan AI,” kata Lin lagi.













Tinggalkan Balasan