Xi Sampaikan Hadiah kepada Pemenang Anugerah Sains dan Teknologi Tertinggi China

Persidangan Penganugerahan Sains dan Teknologi Negara China diadakan di Beijing pada pagi Rabu.

Presiden China Xi Jinping menyampaikan hadiah kepada para pemenang anugerah sains dan teknologi tertinggi negara, sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas sumbangan cemerlang mereka terhadap pembangunan sains dan teknologi negara ini. 

Yang turut berlangsung pada masa sama adalah Persidangan Ahli Akademi Sains China dan Akademi Kejuruteraan China, serta Persidangan Kebangsaan ke-11 Persatuan Sains dan Teknologi China.