Xi Terima Kunjungan Presiden Jerman Steinmeier

Presiden China menerima kunjungan Presiden Jerman, Frank Walter Steinmeier di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Jumaat.  

Xi berkata, China bersedia bersama Jerman membuka lembaran baharu dalam hubungan perkongsian strategik menyeluruh antara kedua-dua negara, serta memajukan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.  

Beliau menekankan, China sentiasa menganggap Kesatuan Eropah (EU) sebagai rakan, dan membangunkan hubungan dengan EU dengan ikhlas. 

EU diharap bertindak sehaluan dengan China, bekerjasama memajukan polarisasi dunia secara saksama dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif.  

Sementara itu, Steinmeier menyatakan, sepanjang 25 tahun lepas, beliau pernah melawat China sebanyak 8 kali dan menyaksikan pembangunan pesat di negara ini. Pihak Jerman konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, berkeyakinan dengan masa depan hubungan bilateral, bersedia mengekalkan interaksi peringkat tinggi dengan China, memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, teknologi, kecerdasan buatan, perlindungan alam sekitar, dan memajukan pertukaran budaya.