Malaysia Sedia Sambut Kepulangan F1 Ke Litar Sepang Selepas Sembilan Tahun – PM

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 103 104 97 100 105 114 105 32 67 105 116 114 97 119 97 114 110 97 32 50 48 50 54 32 100 105 32 68 97 116 97 114 97 110 32 77 101 114 100 101 107 97 44 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 50 53 32 74 117 108 97 105 32 50 48 50 54 46 32 70 65 84 72 32 82 73 90 65 76 47 80 101 106 97 98 97 116 32 80 101 114 100 97 110 97 32 7

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Malaysia bersedia menyambut kepulangan perlumbaan Formula One (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas sembilan tahun apabila bakal menjadi tuan rumah Grand Prix (GP) F1 Bahrain dari 2 hingga 4 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia berbesar hati untuk menyokong Kerajaan Bahrain, F1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dalam penganjuran perlumbaan itu, sambil menyifatkannya sebagai bukti kukuh hubungan persahabatan yang erat serta kepercayaan bersama antara kedua-dua negara.

Anwar berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali berhubung kerjasama itu.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda, Kerajaan serta rakyat Bahrain atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada Malaysia… kami berbesar hati dapat menyokong Kerajaan Bahrain, F1 dan FIA dalam penganjuran GP F1 Bahrain di SIC pada tahun ini,” katanya.

“Kerjasama ini bukan sekadar penganjuran acara sukan bertaraf dunia malah mencerminkan persahabatan yang berkekalan, kepercayaan bersama serta hubungan erat antara Malaysia dan Kerajaan Bahrain selain mengulangi kesiapsiagaan serta keupayaan Malaysia untuk menganjurkan acara besar di peringkat antarabangsa,” kata beliau menerusi hantaran di platform media sosial.

Perdana Menteri berkata Malaysia juga berharap untuk mempamerkan kemudahan bertaraf dunia, kecemerlangan operasi serta layanan mesra dan pada masa sama, mempererat silaturahim kedua-dua negara melalui acara berprestij ini.

Terdahulu, F1 dan FIA mengumumkan bahawa kedua-dua badan itu bersama-sama Kerajaan Bahrain serta Malaysia telah mencapai persetujuan untuk menganjurkan GP Bahrain 2026 di SIC, yang akan berlangsung di antara perlumbaan Azerbaijan dan Singapura.

GP Bahrain pada asalnya dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Bahrain pada April lepas sebelum ditangguhkan ke bulan Oktober susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

“Sepang adalah antara litar paling ikonik dan mencabar dalam F1, terkenal dengan peminatnya yang begitu bersemangat, perlumbaan mendebarkan serta keadaan cuaca yang sukar dijangka sekali gus menjadikan ia lokasi ideal untuk menganjurkan pusingan Kejuaraan ini,” demikian menurut kenyataan bersama F1 dan FIA.

Sementara itu, Putera Salman berkata penganjuran perlumbaan tersebut di Sepang dapat direalisasikan dengan perkenan Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim sekali gus mencerminkan hubungan erat serta persaudaraan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata penganjuran itu akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat F1 di seluruh dunia selain menyerlahkan komitmen berterusan dan minat mendalam Bahrain terhadap sukan permotoran tersebut.

“Saya bangga dapat bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengumumkan bahawa Bahrain akan menganjurkan GP itu di SIC. Ini akan menjadi pengalaman istimewa buat peminat di seluruh dunia dan mencerminkan komitmen berterusan serta minat mendalam Bahrain terhadap sukan ini.

“Dalam mendepani cabaran serantau yang berterusan, Bahrain bangga dapat berdiri sebagai tonggak kestabilan bagi F1, dan kami akan terus melakukan segala yang termampu bagi memastikan kejayaan perlumbaan ini yang akan sentiasa diingati oleh semua pihak terlibat,” katanya.

SIC menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan dari kalendar F1 susulan peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan.