KUALA LUMPUR, 26 Mei — Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mempertimbangkan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi membaik pulih kerosakan di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu 4 1/2, Sungai Besi di sini, yang terjejas akibat ribut semalam.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tinjauan awal mendapati sebanyak 57 unit kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu dan kini dalam proses pembaikan.
“Sebanyak 150 kuarters rumah teres selain rumah apartmen terdapat di kawasan ini. KKR akan memberi pertimbangan terhadap kelulusan sewajarnya,” katanya menerusi kenyataan selepas melawat lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, JKR menerusi hantaran di media sosial memaklumkan kejadian ribut tersebut turut mengakibatkan kerosakan kepada beberapa struktur dan harta benda di kawasan terlibat.
Menurut JKR, pemerhatian mendapati kerosakan melibatkan bumbung kediaman, garaj yang runtuh lalau menghempap kenderaan, selain beberapa kerosakan lain akibat runtuhan bumbung serta serpihan binaan.
















Tinggalkan Balasan