KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan beliau telah menerima notis peletakan jawatan Ahli Parlimen Subang Wong Chen secara rasmi semalam.
“Seperti semua sedia maklum, Yang Berhormat kawasan Subang telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam.
“Sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi Ahli Parlimen Subang selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
Semalam, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang menerusi hantaran Facebook, sekali gus mengesahkan peletakan jawatan beliau secara sukarela.
Beliau turut berkongsi notis yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 5 Ogos melalui hantaran sama.















Tinggalkan Balasan