NEW YORK, 2 Okt – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk peningkatan ketegangan pada Selasa di Timur Tengah, khususnya antara Iran dan Israel.

“Ini mesti dihentikan. Kita benar-benar memerlukan gencatan senjata,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan terkini di Timur Tengah.

“Saya mengutuk perluasan konflik di Timur Tengah yang terus meningkat,” catat Guterres di platform X.

Sementara itu, dalam satu berita lain juga dari New York, WAM melaporkan Guterres menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan konflik di Lubnan dan merayu agar gencatan senjata segera diadakan.

“Perang menyeluruh mesti dielakkan di Lubnan dalam apa jua keadaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayah Lubnan mesti dihormati,” kata Guterres dalam satu kenyataan pada Selasa.

Setiausaha Agung turut merayu kepada komuniti antarabangsa untuk segera menyokong permohonan kemanusiaan sebanyak US$426 juta yang dilancarkan hari ini di Beirut.

“Setiausaha Agung akan meneruskan hubungan diplomatiknya dan wakilnya di lapangan juga akan meneruskan usaha untuk mengurangkan ketegangan,” tambah kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here