Melihat dari segi makro, kestabilan dan kemajuan tetap boleh disaksikan dalam operasi ekonomi China di sebalik situasi yang penuh dengan kerumitan dan kerancuan baik di dalam negeri mahupun di persada dunia. Sementara itu, ‘kuasa produktif kualiti baharu’ terbentuk dalam proses yang semakin cepat, sedangkan pelaksanaan skim pembangunan berkualiti tinggi juga dapat diperrincik

Demikian dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China, Zheng Shanjie dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara pada hari ini.

Menurut beliau, kemantapan juga boleh disaksikan dalam pengeluaran pertanian tahun ini yang menjanjikan tuaian bijirin yang melimpah, manakala perindustrian berkembang dengan cepat.

Dalam bidang permintaan pasaran, pelaburan dan penggunaan terus bertambah, antaranya pelaburan dalam sektor pembuatan meningkat 9.1%.

Zheng menyatakan bahawa pihaknya penuh kayakinan untuk mencapai sasaran dalam menjalankan tugas sepanjang tahun ini dan memastikan perkembangan ekonomi kekal berada dalam keadaan yang stabil dan sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here