BEIJING, 21 Okt – Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berada pada tahap kewaspadaan tinggi dan akan bertindak tegas untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara serta keamanan serantau. 

Jurucakap Perintah Medan Timur PLA, Kolonel Li Xi membuat kenyataan itu susulan kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) USS Higgins dan frigat Kanada HMCS Vancouver melakukan transit di Selat Taiwan dan mengheboh-hebohkan perkara itu pada Ahad.

Li berkata tentera laut dan udara dikerahkan untuk menjejaki dan memantau kapal terbabit serta mengendalikan keadaan berkenaan mengikut undang-undang dan peraturan. 

Beliau turut menyelar kelakuan AS dan Kanada menimbulkan kekacauan serta mencemari kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here