BEIJING, 21 Okt – Ekspo Industri Pembinaan Pintar Antarabangsa 2024 membuka tirainya di Shenzhen pada Ahad dengan menghimpunkan pelbagai teknologi baharu pintar, hijau dan digital untuk tatapan umum.
Ekspo itu merupakan pameran seumpama pertama di China yang memfokuskan kepada keseluruhan proses pembinaan pintar, sekali gus mempamerkan kuasa produktif kualiti baharu dalam sektor berkenaan.
Lebih daripada 140 syarikat inovatif dari 11 negara dan wilayah tertarik untuk mengetengahkan sebanyak 1,000 hasil produk keluaran mereka.
Pameran berkenaan memberi tumpuan kepada tujuh bidang utama antaranya peralatan pembinaan pintar dan rendah karbon, dengan nilai kontrak ditandatangani berjumlah 4 bilion yuan (RM2.42 bilion) setakat ini.