Kutipan Filem China Sepanjang Pesta Duanwu Cipta Rekod Baharu

Pasaran perfileman China mencatat prestasi memberangsangkan apabila jumlah kutipan pecah panggung sepanjang cuti Pesta Perahu Naga atau Duanwu mencecah 392 juta yuan (RM239.95 juta) setakat pukul 9 malam pada 21 Jun.

Bukan itu sahaja, sebanyak 1.44 juta tayangan filem dicatat di seluruh negara, sekali gus mencipta rekod baharu bagi jumlah tayangan tertinggi dalam sejarah musim tayangan Pesta Duanwu.

Kira-kira 20 filem baharu ditayangkan secara serentak semasa cuti tiga hari tersebut merangkumi pelbagai genre termasuk sains fiksyen, animasi dan lain-lain.