Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Kecerdasan Buatan Dunia (WAICO) di Shanghai adalah tindakan penting China untuk menyahut seruan dari ‘Selatan Global’, dan meningkatkan solidariti dalam masyarakat antarabangsa untuk mempergiatkan pembangunan dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI). Ia akan tercatat sebagai satu perkara signifikan dalam sejarah pembangunan AI.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika memberi ucaptama dalam majlis perasmian Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 serta Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus Kecerdasan Buatan Global di Shanghai pada Jumaat.
Xi Jinping mengumumkan, bagi menyokong pembangunan AI dan meningkatkan kapasiti AI di peringkat global dalam 5 tahun akan datang, China akan menganjurkan bengkel latihan khusus AI untuk 5,000 keanggotaan dari negara-negara membangun; menubuhkan Pusat Kerjasama Aplikasi AI Antarabangsa untuk ASEAN, Liga Arab, Kesatuan Afrika, Komuniti Negara Amerika Latin, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan negara-negara BRICS; serta memajukan pelaksanaan program amaran awal cuaca pintar “Mazu” di 30 buah negara yang berperanan menjaga keselamatan di perairan demi kesejahteraan rakyat.













Tinggalkan Balasan