Rubio Bersedia Bertemu Lavrov Pada Sidang Kemuncak ASEAN

WASHINGTON, 20 Julai — Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio berkata beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Menteri Luar China Wang Yi di luar acara sidang kemuncak ASEAN, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Saya tidak pasti sama ada perkara itu telah dimuktamadkan, tetapi kami sememangnya terbuka untuk bertemu mereka,” kata Rubio kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China dan Rusia.

Jabatan Negara AS sebelum ini memaklumkan bahawa Rubio akan mengadakan lawatan ke Filipina dari 19 hingga 23 Julai bagi menghadiri acara ASEAN.

Lavrov juga akan mengadakan lawatan ke Filipina dari 21 hingga 23 Julai. Dalam lawatan itu, beliau dijangka mengemukakan penilaiannya mengenai situasi di Asia Pasifik, termasuk “potensi konflik yang semakin meningkat di rantau itu susulan usaha Barat meningkatkan kehadiran ketenteraan di rantau Asia Pasifik, membawa masuk keupayaan ketenteraan NATO ke rantau itu serta memperluas rangkaian mekanisme berasaskan blok.