WASHINGTON, 20 Julai — Melindungi perkapalan global bukan tugas Amerika Syarikat (AS), kata Setiausaha Negara Marco Rubio, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“AS akan terus melakukan apa yang perlu untuk melindungi perkapalan global, namun negara lain perlu mula tampil dan menyediakan bantuan – sama ada dari segi perkakasan atau kewangan untuk bersama-sama memikul beban berkenaan.
Ia bukan tugas AS untuk melindungi perkapalan bagi seluruh planet ini selama-lamanya,” kata Rubio kepada wartawan di Pangkalan Bersama Andrews pada Ahad, seperti yang dipetik oleh Jabatan Negara AS.
Pada 12 Julai, Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sehingga AS menghentikan campur tangan di rantau berkenaan, berikutan gelombang serangan balas antara pihak yang berkonflik yang bermula semula pada 8 Julai.
Pada hari berikutnya, Presiden AS Donald Trump berkata AS akan menjadi “penjaga” Selat Hormuz dan akan dibayar balik 20 peratus daripada nilai kargo yang dikendalikan menerusi laluan air berkenaan.
Beliau turut melaksanakan semula sekatan AS ke atas pelabuhan Iran.
Bagaimanapun, Presiden AS itu kemudian berkata beliau akan menggantikan cadangan fi 20 peratus berkenaan dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang melibatkan negara-negara Teluk.












Tinggalkan Balasan