ANA: Maklumat Peribadi Pelanggan Mungkin Bocor Susulan Akses Tanpa Kebenaran

TOKYO, 29 Okt — All Nippon Airways Co. (ANA) pada Khamis memaklumkan bahawa satu daripada kontraktornya mengalami insiden akses tanpa kebenaran yang mungkin menyebabkan kebocoran maklumat peribadi pelanggan, lapor Kyodo News.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah serta butiran khusus maklumat yang mungkin telah bocor.

Insiden akses tanpa kebenaran itu melibatkan Amadeus IT Group SA, sebuah syarikat teknologi maklumat yang berpangkalan di Sepanyol dan turut menyediakan perkhidmatan kepada Japan Airlines Co. (JAL).

JAL pada Rabu mendedahkan bahawa insiden berkenaan mungkin menyebabkan kebocoran kira-kira 92,000 rekod pelanggan.