AS Lancar Serangan Terhadap Iran Untuk Malam Ke-11 Berturut-turut – CENTCOM

WASHINGTON, 22 Julai — Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Selasa memaklumkan bahawa tentera AS memulakan gelombang baharu serangan terhadap sasaran ketenteraan di Iran, menandakan operasi untuk malam ke-11 berturut-turut, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pasukan CENTCOM mula menyerang sasaran ketenteraan di Iran pada 7 malam waktu Timur Selasa, bagi malam ke-11 berturut-turut.

“Serangan itu bertujuan terus melemahkan keupayaan Iran untuk mengancam kapal dagang di Selat Hormuz,” menurut kenyataan itu.