China Buat Julung Kali Rangka Rancangan Lima Tahun bagi Perlindungan Warisan Budaya

China mengeluarkan Rancangan Lima Tahun ke-15 bagi Perlindungan dan Pewarisan Warisan Budaya iaitu pelan lima tahun pertama yang khusus untuk bidang berkenaan.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Naib Pengarah Tetap Pejabat Kerja Pembinaan Peradaban Spiritual Pusat yang juga Pengarah Pejabat Jawatankuasa Perlindungan Warisan Budaya Pusat, Hu Kaihong dalam sidang media bertemakan “Permulaan dan Langkah Awal ‘Rancangan Lima Tahun ke-15” pada Selasa. 

Beliau berkata pelan berkenaan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Pejabat Am Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pejabat Am Dewan Negara, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perlindungan warisan budaya secara sistematik.

Pelan berkenaan akan membentuk kerangka perlindungan yang menyeluruh, meningkatkan keupayaan dan tahap tadbir urus sektor warisan budaya. 

Usaha berkenaan juga akan berasaskan bancian dan tinjauan sumber warisan budaya, disokong oleh projek-projek seperti Projek Pewarisan dan Pembangunan Budaya Tradisional China Yang Unggul serta diperkukuh melalui undang-undang dan peraturan.