China Mahu Perkukuh Perkongsian Strategik dengan Slovakia – Xi

Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Slovakia, Peter Pellegrini di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa pagi.

Dalam pertemuan itu Xi menyatakan bahawa pihaknya komited berusaha bersama Slovakia untuk membina hubungan perkongsian strategik China-Slovakia yang mantap, saling menghormati dan mempercayai, sama rata serta saling menguntungkan demi memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara. 

Xi berkata, kedua-dua negara perlu berusaha memperkukuh saling kepercayaan strategik dan sokongan, mempergiat kerjasama saling menguntungkan, merapatkan persahabatan dalam kalangan rakyat, selain berganding bahu dalam mempertahankan keadilan antarabangsa, serta menambah baik tadbir urus global.

Sementara itu, Pellegrini pula menyatakan bahawa pihaknya menyanjung tinggi kejayaan pembangunan China di bawah pimpinan Presiden Xi.

Ujarnya, Slovakia mengutamakan hubungan perkongsian strategik dengan China dan dengan tegas mengamalkan dasar satu China. 

Beliau turut menzahirkan harapan untuk memperkukuh saling kepercayaan dengan China, serta mengintensifkan kerjasama dalam sektor ekonomi dan perdagangan, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, robotik dan tenaga baharu, supaya memberikan lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.