China Muncul Sebagai Negara Maritim Kuat di Dunia – Laporan

China menyambut Hari Maritim Nasional ke-22 yang jatuh pada Sabtu.

Tema Hari Maritim tahun ini adalah “Pendigitalan dan Kecerdasan Pacu Pencorakan Semula Navigasi pada Masa Depan”. 

Menurut laporan Pengumuman Hari Maritim China 2026, China kini muncul sebagai kuasa besar dalam sektor perkapalan, pembinaan kapal, dan maritim. 

Dimaklumkan, China menyumbang hampir sepertiga daripada jumlah perkapalan dunia, manakala perkhidmatan perkapalan dan jaringannya meliputi semua negara dan wilayah perdagangan utama di seluruh dunia.

Selain itu, tiga indikator utama industri pembinaan kapal negara ini telah mendahului pasaran antarabangsa selama 16 tahun berturut-turut. 

Sementara itu, ekonomi marim China telah melepasi RMB11 trilion (RM6.58 trilion).