Inovasi Teknologi Tenaga China Mendahului Dunia

Aktiviti bertema Internet Sumber Tenaga Global Forum Politik Peringkat Tinggi Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan di ibu pejabat PBB di New York pada Jumaat. 

Menurut laporan penyelidikan Indeks Pembangunan Tenaga Global 2026 yang diedarkan dalam aktiviti kali ini, pembangunan komprehensif tenaga elektrik China menduduki barisan depan di dunia, manakala inovasi teknologi tenaga elektrik China menduduki tempat teratas di dunia.

Laporan tersebut membuat penilaian terhadap taraf pembangunan tenaga elektrik di 100 negara. Lima negara yang menduduki tempat teratas dari segi taraf pembangunan komprehensif ialah Finland, Sweden, Switzerland, China dan Norway.