Naib Presiden China, Han Zheng mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres di New York Pada Jumaat.
Han yang menghadiri Dialog Peringkat Tinggi sempena Ulang Tahun Ke-5 Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang dianjurkan China turut membaca surat tahniah daripada Presiden Xi Jinping, serta menyampaikan ucap tama.
Semasa pertemuan dengan Guterres, Han menyatakan bahawa situasi antarabangsa ketika ini sedang bergolak dan tidak menentu, menyebabkan sistem antarabangsa yang berteraskan PBB berdepan pelbagai cabaran.
“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-55 keanggotaan Republik Rakyat China dalam PBB. Sepanjang tempoh itu, China sentiasa mempertahankan multilateralisme dan menyokong PBB memainkan peranan teras dalam hal ehwal antarabangsa. Mempertahankan multilateralisme serta mereformasi dan menyempurnakan sistem tadbir urus global merupakan seruan umum masyarakat antarabangsa pada masa ini” kata Han.
Menurutnya, dalam menghadapi masa depan, China akan terus memainkan peranan sebagai negara besar yang bertanggungjawab, secara aktif mendorong penyelarasan idea dan inisiatif negara dengan agenda PBB, serta menyediakan peluang baharu untuk pembangunan dunia melalui pencapaian baharu pemodenan ala China.
Sementara itu, Guterres pula mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan teguh dan kuat terhadap usaha PBB.
Menurut beliau, China telah memainkan peranan penting dalam memajukan agenda penting PBB dan memberikan sumbangan penting kepada pembangunan global.
Ujarnya, PBB bersedia untuk mengintensifkan kerjasama dengan China bagi memelihara kepentingan bersama. masyarakat antarabangsa.













Tinggalkan Balasan