KUALA LUMPUR, 26 Julai — Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Komitmen itu dinyatakan menerusi panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin pada Ahad, menurut Agensi Berita Bahrain (BNA).
Semasa perbualan itu, Putera Salman dan Anwar menekankan hubungan mendalam antara Bahrain dan Malaysia serta komitmen kedua-dua pihak untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai sektor yang mempunyai kepentingan bersama.
Kedua-dua pihak turut membincangkan langkah untuk terus memperkasakan kerjasama pelbagai sektor, di samping perkembangan serantau dan antarabangsa.













Tinggalkan Balasan